Sunday 13 November 2011

Double Exposure

Ok ada yang bertanya pasal macam mana nak buat double exposure. So pahamkan definisinya dahulu. Double exposure berlaku apabila dua gambar( dua kali click shutter) diletakkan dalam satu frame filem dengan tidak menggulungkan filem tersebut pada saat gambar pertama di tangkap. Jika kamera yang digunakan manual winding senang cerita.Kalau auto winding,belom khatam lagi :P Bukan sahaja double exposure, tiga empat exposure pon boleh tp selalunya gambar menjadi over expose. Tak paham. takpe, check video di bawah.

Noob Holga Outing :p

Lokasi sekitar Central Market-Jalan Masjid India-Jalan TAR-Central Market

First sampai Central Market trus gi Photo Craft beli film dulu. Td angkat Lomography color -ne 400 sbb cuaca agak mendung2. Sekitar area sini boleh rakamkan pelbagai ragam manusia. Yang minta sedekah, yang beli belah, yang bermesra2, macam-macam lagi lah. Abis je shooting trus ke Photo Craft, develop dan scan lah. Kalau tak busy 3 hari lagi boleh gi ambil filem. Dah lame tak jalan kaki, balik ke Serdang, layan main skate pulak. Ni dah smpai rumah, kaki rasa cam nak tercabut. :p Hasil tangkapan akan di share kemudian.

p/s : Sebelum beli film, tgk kotak leklok. Beli Kodak Ultramax 400 kat kedai depan pintu dekat CM. Harga RM10. Rupa-rupanya 12exp sahaja. Roll 135BC bagai nak rak, tak boleh2.Mati-mati ingat 36exp.













Friday 11 November 2011

Sekias kata

THE HOLGA


Holga di sini untuk menyelamatkan junky analog di dunia digital. Anda tidak lagi perlu takut akan masa depan tentang pixels dan imej digital yang dikongsi pada skrin kamera kecil atau  telefon. Kamera chunky yang dibuat hampir keseluruhannya daripada plastik telah diletakkan di muka bumi ini untuk menceriakan kita.

Ia akan menimbulkan kembali visi anda, penuhi anda dengan kegembiraan, membuatkan anda melihat keindahan apabila anda berfikir bahawa ia telah hilang selama-lamanya  dan membawa keluar cahaya matahari pada hari yang mendung.

[HQ] PiKAPiKA The Movie "GO! GO! PiKAPiKA!!"

Favorite!! like!
Sejak tahun lepas nk try buat projek macam nih..tapi tak buat2 lagi..busy lor


Light Painting

Light Painting. Apa itu? Light drawing atau light graffiti  adalah teknik fotografi di mana exposure yang dibuat biasanya pada waktu malam atau di dalam bilik gelap dengan menggerakkan sumber cahaya(Torch light, bunga api, lighter dll). Pergerakkan cahaya ini boleh dirakam dengan menggunakan kamera. 


Fotografi light painting boleh disusur kembali ke tahun 1914 apabila Frank Gilbreth, bersama-sama dengan isterinya Lillian Moller Gilbreth, menggunakan lampu-lampu kecil dan shutter terbuka untuk menjejaki pergerakan pembuatan dan pekerja perkeranian. , Gilbreth tidak mencipta gambar sebagai usaha seni; mereka sebaliknya sedang mengkaji apa yang mereka namakan "work simplication". Gilbreth telah bekerja untuk membangunkan cara-cara untuk meningkatkan pengeluaran pekerja dan memudahkan kerja mereka. Walau bagaimanapun mereka tidak menggunakan light painting sebagai medium seni. 


Jurugambar pertama yang diketahui untuk menggunakan teknik ini adalah Ray Man dalam siri "Space writing" yang diwujudkan pada tahun 1935. Jurugambar Ellen Carey menemui tandatangan Ray Man ditandatangani oleh penlight hampir 74 tahun selepasgambar-gambar yang telah diambil.


Tak berapa paham? ok jom tengok gambar ni.


Oleh CowGummy

Oleh rafoto

Oleh sebastien.b

Oleh Dr Craig


Oleh Meor Syahmi
Tangkap gambar bunga api pon light painting gak





Thursday 10 November 2011

Jualan Murah-Holga

Perabisan stock. Check out bahagian product

Holga 135BC (skateboard series) lol

Shoot dgn Holga 135BC. First try shoot skateboarding pakai film..agak mencabar..sebelom nih pakai dslr boleh delete2.tp guna film nih.kene berhati2 sebelom click shutter..focus abis.focus nk tekan shutter dan fokus dgn trick2 yg keluar. FUN!